Selasa, 8 Februari 2011

Ketiga : Menjaga Lidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah s.w.t mencipta lidah supaya dengan nya dapat berzikir, membaca al-Qur'an, membimbing manusia ke jalan kebenaran dan dapat melahirkan perasaan serta kehendak baik dalam urusan dunia mahupun dalam urusan akhirat. Apabila lidah digunakan bagi tujuan yang lain daripadanya bermakna tidak bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah itu.

Lidah adalah anggota yang banyak memberi kesan kepada diri dan orang lain. Berapa ramai nantinya orang yang akan dihumbankan ke dalam api neraka jahannam lantaran jenayah yang berpunca dari lidah.

Kekanglah lidah seupayanya bagi mengelakkan diri dari dihumban ke neraka jahannam seperti yang disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu skan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun" (Hadis riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a)

Suatu peristiwa pada zaman rasulullah s.a.w, ada seorang tentera islam gugur di medan perang sebagai syahid, lalu ada yang berkata; "untung sekali orang ini kerana ia telah berjaya mendapat syurga." Mendengar ucapan itu Rasulullah s.a.w bersabda; "Belum tentu lagi kerana boleh jadi ia pernah bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberi sesuatu yang sebenarnya tidak mengkayakannya".

Oleh itu jagalah lidah daripada lapan perkara....
1. Bohong
2. Menyalahi janji
3. Mengumpat orang
4. Berdebat atau bertengkar
5. Memuji diri sendiri
6. Melaknat
7. Mendoakan kecelakaan bagi orang lain
8. Bergurau, mengolok-olok dan mengejek orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan