Rabu, 9 Februari 2011

a) Bohong

Bisillahirrahmanirrahim.

Janganlah berbohong samada bersungguh-sungguh atau bergurau. Jangan biasakan berbohong dalam bergurau bimbang nanti kalau-kalau ia jadi bohong sebenar. Ingatlah bahawa berbohong adalah salah satu daripada dosa besar yang terbesar. Jika seseorang dikenali sebagai pembohong maka akan hilang lah harga diri dan orang lain akan memandang rendah. Jika ingin mengetahui sejauh mana jahatnya seorang pembohong maka lihatlah kepada orang lain yang bercakap bohong kepada kamu,bagaimana kamu melihat jijik dan hinanya orang itu pada pandangan kamu.

Begitulah halnya seseorang tidak dapat melihat keaiban diri kecuali setelah memperhatikan perbuatan yang sama dilakukan terhadap dirinya. Apa yang dipandang buruk terhadap orang lain, maka begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah suka membuat perkara yang menyebabkan kebencian orang lain terhadap dirimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan