Ahad, 30 Januari 2011

Kedua : Menjaga Telinga

Bismillahirrahmanirrahim.

Hendaklah menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara bid'ah atau seumpamanya atau perkataan yang jahat atau mengengar orang menyebut-nyebut kejahatan orang lain.

Telinga diciptakan Allah supaya dapat mendengar Al-Qur'an, dan Hadis-hadis Rasulullah s.a..w. dan hikmah-hikmah para AuliaNya, maka gunakanlah telinga untuk mendengar ilmu pengetahuan sehingga dengan ilmu itu ,manusia mampu mencapai kerajaan yang kekal dan nikmat yang abadi di dalam Syurga.


Apabila nikmat pendengaran disalahgunakan seperti mendenger maksiat, ini bermakna kita telah mengkhianati diri sendiri. Kita telah menyalahgunakan sesuatu yang sepatutnya digunakan untuk mencari keuntungan. Maka inilah yng dinamakan rugi yang sebenarnya. Janganlah berkata bahawa dosa memperkatakan orang itu hanya tertentu bagi orang yang berkata sahaja tetapi dosa itu akan terkena kepada orang yang mendengar perkataan itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat".

Sabtu, 29 Januari 2011

Pertama : Menjaga Mata

Bismillahirrahmanirrahim


Sesungguhnya mata diciptakan oleh Allah supaya manusia dapat melihat segala sesuatu dan dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajat. Melalui mata, manusia dapat melihat keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi sehingga dengannya dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berbagai-bagai.Melalui mata juga manusia mampu melihat kebenaran.

Justeru itu, maka peliharalah mata daripada empat perkara;
1. Melihat perempuan yang bukan mahram.
2. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.
3. Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan.
4. Melihat keaiban orang lain.

Jauhkanlah diri dari menjadi seperti apa yang dimaksudkan oleh Allah dalam firman Nya yang bermaksud;
"Dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah". surah Al-A'raf : 179

Khamis, 27 Januari 2011

PANDUAN MENINGGALKAN MAKSIAT ...sambungan

Bismillahirrahmanirrahim.

Meninggalkan maksiat yang zahir (Maksiat anggota badan)

Apabila kita melakukan maksiat, sebenarnya kita melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota yang merupakan nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita.ia bukan saja anugerah malah amanat yang diberikan. Jadi, ketika kita menggunakan anggota kita untuk melakukan maksiat bermakna kita menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati amanat yang dipertanggungjawabkan.

Anggota bada umpama rakyat, maka hendaklah kita berfikir sebaiknya bagaimana sepatutnya kita menjaganya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang pengembalaannya." Hadis riwayat Bukhori dan Muslim daripada Ibn Umar r.a.

Ketahuilah semua anggota akan menjadi saksi atas segala perbuatan di Padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggota badan akan mendedahkan segala rahsia di hadapan himpunan Agong di Padang Mahsyar.

Firman Allah "Pada hari itu (hari qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu lakukan (didunia dahulu) An Nur : 24

Firman Allah lagi, "Pada hari ini (hari qiamat) Kami akan kumci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kamitangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kai nmereka terhadap apa-apa yang telah mereka lakukan di dunia dahulu". Yaasin : 25

Maka jagalah sebaik-baiknya anggota tubuh badan kita khususnya anggota yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.

Apakah tips untuk menjaga ketujuh-tujuh anggota tersebut? ..... nantikan ....

Rabu, 26 Januari 2011

Panduan Meninggalkan Maksiat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Sedikit perkongsian, moga dapat dimanfaatkan bersama.

CARA-CARA MENINGGALKAN MAKSIAT.

Agama itu terdiri dari dua bahagian;
1. Meninggalkan maksiat
2. Mengerjakan ketaatan

Meninggalkan maksiat sebenarnya adalah lebih berat daripada mengerjakan ketaatan. Kerana mengerjakan ketaatan senang dibuat oleh setiap orang, tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan).Dan Mujahid yang sebenar ialah orang yang memerangi hawa nafsunya".

bersambung ..... Insya Allah

Dipetik dari Kitab Bidayatul Hidayah.