Khamis, 24 Februari 2011

c) Mengumpat

Bismillahirrahmanirrahim.


Dosa mengumpat lebih berat daripada dosa 30 kali berzina seperti yang disebutkan dalam hadis. Ghibah atau mengumpat bermaksud mengatakan apa sahaja perkara yang sabit dengan seseorang, yang mana jika ia mendengar perkataan tersebut tentu ia akan marah. Malah dikatakan orang yang mengumpat itu lebih zalim jika apa yang disebut itu benar-benar berlaku pada diri orang yang diumpat.

Jauhilah cara umpatan ulama Su’ iaitu umpatan yang tidak menggunaka bahasa yang jelas tetapi mempunyai makna yang sangat tajam (peril). Contohnya; apabila ditanya tentang hal seseorang, maka dijawab dengan perkataan: “mudah-mudahan Allah membaikkan halnya. Sebenarnya saya sangat berdukacita mendengar apa yang telah dilakukannya. Saya selalu berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah memperbaiki keadaan kita dan keadaannya,” Sebenarnya perkataan seperti ini telah menghimpunkan dua kesalahan.
1. Mengumpat orang kerana maksudnya dapat difaham dengan jelas.
2. Membersih dan memuji diri sendiri dengan cara menyalahkan orang lain.

Seandainya niat ikhlas dalam berdoa sebaiknya mendoakannya secara bersendirian. Seandainya ia bersusah hati dengan perbuatan buruk orang lain, ini menunjukkan bahawa ia juga tidak suka membuka keaiban orang lain di hadapan khalayak ramai. Tetapi sekiranya ia menzahirkan kesusahan dengan keaiban orang lain, maka itu sama ertinya dengan menzahirkan keaiban orang itu.

Firman Allah yang bermaksud ; “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seorang kamu suka mamakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai? Maka sudah tentu kamu merasa jijik daripadanya.” (Al-Hujurat : 12)

Apabila dia menutup keaiban orang maka Allah S.W.T pasti akan menutup keaibannya , tapi jika sebaliknya maka Allah akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mendedahkan keaiban nya di dunia ini dan kemudian akan mendedahkan segala rahsia di akhirat kelak di hadapan seluruh makhluk di Padang Mahsyar nanti.

Jika merasa diri bersih dari dosa zahir atau batin dan merasa bersih dari segala keaiban samada dalam urusan agama mahupun urusan dunia, sesungguhnya ketahuilah bahawa kejahilan terhadap diri sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan. Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya besih dari segala dosa dan kesalahan.

Seandainya ia memang benar pada sangkaannya (bahawa ia orang yang tidak mempunyai keaiban) maka banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah, tidak perlu memaki dan mempersenda orang lain. Bukan kahh itu termasuk di antara keaiban yang besar pula?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan