Ahad, 30 Januari 2011

Kedua : Menjaga Telinga

Bismillahirrahmanirrahim.

Hendaklah menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara bid'ah atau seumpamanya atau perkataan yang jahat atau mengengar orang menyebut-nyebut kejahatan orang lain.

Telinga diciptakan Allah supaya dapat mendengar Al-Qur'an, dan Hadis-hadis Rasulullah s.a..w. dan hikmah-hikmah para AuliaNya, maka gunakanlah telinga untuk mendengar ilmu pengetahuan sehingga dengan ilmu itu ,manusia mampu mencapai kerajaan yang kekal dan nikmat yang abadi di dalam Syurga.


Apabila nikmat pendengaran disalahgunakan seperti mendenger maksiat, ini bermakna kita telah mengkhianati diri sendiri. Kita telah menyalahgunakan sesuatu yang sepatutnya digunakan untuk mencari keuntungan. Maka inilah yng dinamakan rugi yang sebenarnya. Janganlah berkata bahawa dosa memperkatakan orang itu hanya tertentu bagi orang yang berkata sahaja tetapi dosa itu akan terkena kepada orang yang mendengar perkataan itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan