Khamis, 27 Januari 2011

PANDUAN MENINGGALKAN MAKSIAT ...sambungan

Bismillahirrahmanirrahim.

Meninggalkan maksiat yang zahir (Maksiat anggota badan)

Apabila kita melakukan maksiat, sebenarnya kita melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota yang merupakan nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita.ia bukan saja anugerah malah amanat yang diberikan. Jadi, ketika kita menggunakan anggota kita untuk melakukan maksiat bermakna kita menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati amanat yang dipertanggungjawabkan.

Anggota bada umpama rakyat, maka hendaklah kita berfikir sebaiknya bagaimana sepatutnya kita menjaganya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang pengembalaannya." Hadis riwayat Bukhori dan Muslim daripada Ibn Umar r.a.

Ketahuilah semua anggota akan menjadi saksi atas segala perbuatan di Padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggota badan akan mendedahkan segala rahsia di hadapan himpunan Agong di Padang Mahsyar.

Firman Allah "Pada hari itu (hari qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu lakukan (didunia dahulu) An Nur : 24

Firman Allah lagi, "Pada hari ini (hari qiamat) Kami akan kumci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kamitangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kai nmereka terhadap apa-apa yang telah mereka lakukan di dunia dahulu". Yaasin : 25

Maka jagalah sebaik-baiknya anggota tubuh badan kita khususnya anggota yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.

Apakah tips untuk menjaga ketujuh-tujuh anggota tersebut? ..... nantikan ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan