Rabu, 25 Ogos 2010

Momentum Akhir Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Dah bersedia dengan pecutan terakhir? pastinya dah ada dalam perancangan kita. Ayuh segera laksanakan dan jadikan ini sebagai dorongan untuk meningkatkan keazaman dalam melaksanakannya.

 Berkira-kira dengan ganjaran/tawaran Allah menjadikan kita sentiasa bersemangat untuk memburu dan mendapatkan Lailatul Qadar, mengejar ganjaran beribadat 1 malam bersamaan dengan 1,000 bulan (83 tahun 4 bulan).
 Kebaikan-kebaikan bulan ramadhan digambarkan oleh Rasul s.a.w “Seandainya kamu mengetahui kebaikan ramadhan nescaya kamu mengharapkan semua bulan adalah bulan ramadhan”
 10 hari terakhir ramadhan “dilepaskan dari neraka” maksud sabda rasulullah s.a.w, “Hari-hari dalam bulan ramadhan Awwaluhu Rahmah, Ausathuhu Maghfirah, waakhiruhu ‘itqun minan Nar” , ini akan dirasai oleh orang yang telah sampai kemuncak ni’mat ramadhan…

Arnalogi orang yang mendapat nikmat dan kecemerlangan ; seperti ahli sukan ….bermula dengan latihan demi latihan yang konsisten hingga kegelanggang, menumpukan sepenuh perhatian, mula dengan langkah rapi dan seterusnya memecut disaat akhir…

Beberapa kategori manusia dalam bulan ramadhan;
1. Orang yang tidak merasakan apa-apa. Hari-harinya sama dengan hari-hari sebelum ramadhan. Golongan yang rugi.
2. Golongan yang putus asa…. Banyak terlepas peluang… menjadikan amalannya ala kadar sahaja atau setakat yang asas. Tak apa lah tunggu tahun depan…
3. Golongan yang pada awalnya hebat bersemangat.. tapi lama-kelamaan semakin menurun dan hilang lantaran banyaknya urusan-urusan dunia yang lain…. Jawapanya tak pe lah tunggu tahun depan…
4. Golongan yang beristiqamah beramal dan seterusnya mempertingkatkan amalan pada saat akhir ramadhan malaksanakan ibadat dengan penuh rindu dan harap. Kerinduan untuk bertemu dengan Allah serta mengharapkan pengampunan dan redha Allah.

 Membuat perancangan awal pengisian bulan ramadhan, “Strategik Planning” termasuklah masa akhir ramadhan.
1. saling kejut mengejut antara suami isteri untuk qiam.
2. begitu juga dengan anak-anak, wujudkan suasana beribadat.
3. cubalah berbuka puasa di masjid sambil beri’tikaf.
4. elakkan bershopping pada waktu malam.
5. persediaan dan persiapan hari raya sekadarnya, jangan sampai menenggelamkan segala tawaran-tawaran dan hadiah-hadiah Allah sepanjang ramadhan lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir. Pastikan ianya tidak terlepas begitu sahaja.

 Mengingati 2 kegembiraan yang dijanjikan Allah bagi orang yang berpuasa. Riwayat Abu Hurairah Nabi s.a..w bersabda; “Orang yang berpuasa memperolehi dua kegembiraan, pertama : ketika berbuka dan kedua : ketika bertemu dengan Tuhannya pula ia bergembira dengan pahala puasanya.”

 Sering beringat-ingat adakah kita diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk bertemu ramadhan pada tahun depan. Selalulah merasakan bahawa mungkin ramadhan ini adalah ramadha terakhir untuk kita.

Bijaklah bertindak untuk mengseimbangkan antara dua keutamaan agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi atau yang sentiasa terlepas dengan manfaatkan sisa-sisa masa yang ada ini sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan