Rabu, 25 Ogos 2010

Kelebihan Ramadhan: Jangan Dilepaskan (2)

Lailatul Qadar
“Kami telah turunkan al-Qur’an pada malam Lailatu Qadar. Apakah malam Lailatul Qadar?. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan”
Beribadat pada malam nya seumpama beribadat selama 83 tahun 4 bulan.
Tindakan kita : Burulah malam tersebut berazamlah untuk mendapatkannya, berdoalah semuga diberikan kesempatan dan peluang oleh Allah. Berusahalah kearah itu sedaya upaya nescaya Allah tidak akan mempersia-siakan hamabaNya. Bukatikan usaha kita dengan memastikan kita tidak terlepasa walau satu malam pun dari 10 malam terakhir tersebut.


Solat Terawikh
Solat terawikh hanya ada pada bulan ramadhan sahaja.
Tindakan kita ialah : Kerjakanlah walaupun sunat, tapi ingatlah pahala mengerjakan nya berganda dan kita tak dapat buat pada bulan-bulan yang lain.

Dikabulkan doa. (Syahru Doa)
Riwayat Abu Hurairah. “ Nabi s.a.w bersabda, Tiga golongan tidak ditolak doa mereka; orang yang berpuasa hingga ia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat doanya di atas awan, dibuka baginya pintu-pintu langit. Firman Allah, “Demi KemuliaanKu, demi KebesaranKu, Aku pasti menolongnya walaupun setelah berlalu seketika”.
Riwayat Termizi, “Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh Allah”
Tindakan kita : Banyakkanlah berdoa dan berzikir kepada Allah, mintalah segala kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Mohonlah supaya dipertemukan dengan Lailatul Qadar, diterima taubat dan diterima segala amalan.

Antara waktu makbul doa dalam bulan ramadhan,
 siang ketika berpuasa
 masa berbuka
 malam lailatul qadar

Diampunkan dosa.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, “Nabi s.a.w bersabda, Sesiapa beribadat pada malam lailatul qadar kerana iman dan menghitung pahala, nescaya diampuni dosa yang terdahulu dan sesiapa berpuasa ramadhan kerana iman dan menghitung pahala, nescaya diampuni dosanya yang terdahulu”
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda “Solat lima waktu, Jumaat hingga jumaat, Ramadhan hingga ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang berlaku antara keduanya, jika dijauhi dosa besar”.
Tindakan kita : Banyakkan beristighfar dan bertaubat, solat sunat taubat.
Bacalah doa “Allahumma innaka ‘Afuuwun Karim Tuhibbul ‘Afwa Fa’fuanni”

Zakat Fitrah.
Membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah.
Riwayat Bukhori dan Muslim, “Rasulullah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan ramadhan sebanyak 2.3 kg kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang islam merdeka atau hamba lelaki atau hamba perempuan.
Tindakan kita : Mengeluarkan zakat fitrah tanpa bertangguh-tangguh. Selain dari itu boleh ditambah dengan sedekah dan berbagai sumbangan bagi membantu orang-orang yang miskin dan tidak berkemampuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan